PROGRAM KLIK DENGAN BIJAK (KDB)

Aktiviti terkini |7 Mei 2023

Tempat Aktiviti:
Sekolah Menengah Kebangsaan Manek Urai

Ringkasan Aktiviti :
• Program Klik Dengan Bijak (KDB) kali ini tertumpu kepada tajuk Bahaya Scammer yang berlangsung di dewan Sekolah Menengah Kebangsaan Manek Urai.
• Ceramah cybersafe ini dijalankan bagi memberi kesedaran kepada murid-murid, guru dan juga kakitangan sekolah berkaitan bahaya aktiviti pencerobohan alam maya.
• Supaya mereka dapat menjadi pengguna internet yang bijak.
• Selain itu, edaran simkad digi dan sedikit makanan diberikan kepada semua yang menyertai program yang dijalankan oleh pihak digi.

Tujuan :
• Tujuan program ini diadakan adalah untuk memberikan kesedaran tentang bahaya serta risiko yang ada di laman sosial jika tidak dikawal dengan baik.

Butir-butir berkaitan dengan aktiviti:
• Program ini telah berlangsung selama 2 jam dan seramai 180 orang pelajar tahun empat, lima dan enam berjaya menyertai aktiviti ini dengan jayanya.
• Guru-guru pembimbing juga turut terlibat dengan program ini iaitu seramai lebih 15 orang yang di mana mereka dapat membantu kakitangan PEDi dalam memastikan kelancaran program KDB pada hari tersebut.
• Topik yang dibincangkan ialah bahaya scammer. Terdapat beberapa jenis scammer dan juga cara mengelak menjadi mangsa serta cara yang boleh dilakukan sekiranya menjadi mangsa scam.

Kebaikan / Kelebihan aktiviti:
• Kebaikan yang diperolehi dari aktiviti ini adalah, golongan sasaran iaitu golongan belia serta penjaga mereka dapat didedahkan akan risiko yang terdapat di alam maya.
• Topik-topik yang dipilih adalah Terlebih Kongsi, Maklumat Palsu, Buli Siber, Online Grooming serta Talian 997 yang baru diterbitkan oleh pihak kerajaan.
• Melalui aktiviti ini, kes-kes yang telah terjadi di alam realiti dalam didedahkan kepada mereka dan para pelajar dapat menjadikan pengajaran akan hal yang telah berlaku.
• Selain daripada objektif KDB dapat dicapai, segala kelebihan serta kemudahan yang terdapat di PEDi juga dapat dikongsikan dan seterusnya dapat menarik minat pihak pengurusan sekolah untuk menggunakan khidmat ICT serta lain-lain yang disediakan di setiap cawangan Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia.


Nama VIP:
• Tiada


Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :