PROGRAM JALINAN INSAN WAHANA ASPIRASI (JIWA)-SANTAI ANAK MUDA

Aktiviti terkini |16 Mei 2023

Tempat Aktiviti:
Pusat Ekonomi Digital (PEDi GUCHIL)

Ringkasan Aktiviti :
• PEDi Manek Urai telah mendapat jemputan daripada PEDi Kuala Krai dan Jabatan Penerangan Kuala Krai untuk menjayakan program program jalinan insan wahana aspirasi (jiwa)-santai anak muda.
• Program berkenaan membawa mesej cybersafe dimana bagi memberi kesedaran kepada orang ramai terutamanya golongan belia.
• Objektif program untuk mendidik masyarakat menjadi seorang yang peka dengan hal ehwal isu semasa.
• Hal ini kerana terlalu banyak kes jenayah siber yang berlaku terutamanya bahaya scammer.
• Aktiviti yang dijalankan ialah kempen Klik Dengan Bijak (KDB).
• Klik Dengan Bijak (KDB) adalah sebuah program yang membudayakan penggunaan internet secara positif berteraskan 3 aspek iaitu keselamatan, kewaspadaan dan tanggungjawab yang menitikberatkan kawal selia kendiri dalam membendung masalah penyalahgunaan internet.

Tujuan :
• Tujuan program ini ialah Melahirkan pengguna yang celik terhadap teknologi dan kandungan media baru (bijak internet)
• Mewujudkan rasa tanggungjawab dalam kalangan pengguna Internet supaya beretika dan prihatin terhadap pengguna yang lain
• Memberi pendidikan kepada pengguna internet tentang kepentingan kawal selia kendiri
• Mewujudkan persekitaran yang selamat untuk pengguna melayari internet
• Program ini menitikberatkan prinsip-prinsip Rukun Negara yang dilihat sebagai merangkumi kesemua perkara yang perlu ditekankan dalam kehidupan kesemua rakyat Malaysia dari pelbagai peringkat umur dan latar belakang.

Butir-butir berkaitan dengan aktiviti:
• Slot ceramah Klik Dengan Bijak (KDB) merangkumi 4 topik utama iaitu maklumat palsu, buli siber, oversharing dan online grooming.
• Sesi soal jawab bersama murid-murid dan guna berkaitan KDB bagi mengenal pasti kefahaman mereka.
• Kempen Kesedaran Awam Keselamatan Internet yang bertemakan “Klik dengan Bijak” yang bermatlamatkan keselamatan, waspada dan tanggungjawab.
• KESELAMATAN - Untuk mendidik masyarakat agar menggunakan internet dengan cara yang selamat
• KEWASPADAAN - Untuk menggalakkan masyarakat untuk berwaspada semasa berinteraksi di dalam talian (online)
• TANGUNGJAWAB - Untuk memupuk penggunaan kandungan berangkai secara positif di kalangan masyarakat.

Kebaikan / Kelebihan aktiviti:
• Mesej utama kempen “Klik Dengan Bijak” adalah berteraskan Prinsip-prinsip Rukun Negara yang dilihat sebagai merangkumi kesemua perkara yang perlu ditekankan dalam kehidupan kesemua rakyat Malaysia dari pelbagai peringkat umur dan latar belakang.
• Pembudayaan prinsip-prinsip Rukun Negara dalam penggunaan Internet seharian akan diterapkan melalui pelbagai aktiviti dan inisiatif yang dianjurkan oleh Suruhanjaya.
• Kempen ini juga akan turut diselaraskan dengan “Kempen Budi Bahasa dan Nilai-nilai Murni” sebagai satu komponen penting, disamping selari dengan Matlamat Dasar Kebangsaan di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.
• Melalui kempen ini adalah diharap pembangunan dan peningkatan penggunaan jalur lebar selain dapat menjana ekonomi Negara turut dimanfaatkan untuk tujuan kebaikan serta memberi impak positif dalam mengekalkan nilai serta budaya bangsa Malaysia berdasarkan prinsip-prinsip Rukun Negara.


Nama VIP:
• Tiada


Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :