PERTANDINGAN MENCIPTA LOGO (CANVA)

Aktiviti terkini |6 Ogos 2023

Tempat Aktiviti:
Pusat Ekonomi Digital (Pedi Manek Urai)

Ringkasan Aktiviti :
• Program pertandingan mencipta logo menggunakan canva ini sebenarnya bertujuan untuk menarik lebih ramai ibu bapa menghantar anak-anak mereka untuk mengikuti kelas tuition di PEDi.
• Program ini merupakan pengenalan kepada kelas-kelas ict yang lain. Kami juga menganjurkan pertandingan melibatkan golongan dewasa.
• Hal ini kerana tidak ramai yang tahu menggunakan canva. Canva merupakan laman yang perlu diketahui oleh semua orang kerana tidak mengenakan bayaran dan juga template yang ada di dalam canva sangat cantik.
• Butir-butir berikut berkenaan program akan dilampirkan di dalam kertas kerja ini.

Tujuan :
• Tujuan utama adalah untuk mendidik adik-adik menggunakan komputer dengan lebih cekap.
• Walaupun tujuan untuk mendidik, tapi kami menggunakan pendekatan secara ringkas iaitu kami akan menjalankan aktiviti seperti mengadakan pertandingan mencipta logo menggunakan aplikasi canva.
• Semua golongan sebenarnya teruja untuk belajar sesuatu pembelajaran baru.
• Mereka berminat menghasilkan gambar yang cantik. Pertandingan diadakan bagi meningkatkan kesungguhan mereka dalam pembelajaran.
• Mereka juga lebih menghargai program yang mempunyai persaingan berbandingan kelas ict yang biasa.
• Perjumpaan ibu bapa juga penting untuk meningkatkan kepercayaan mereka bahawa anak-anak mereka datang ke PEDi adalah untuk belajar dan bukan untuk melepak.

Butir-butir berkaitan dengan aktiviti:
• Staff pedi menunjukkan cara menggunakan aplikasi canva yang mempunyai pelbagai template yang mudah untuk digunakan.
• Staff akan bagi tunjuk ajar cara mencipta logo yang baik.
• Para peserta akan diberikan Latihan bagi membiasakan diri mereka menggunakan aplikasi canva.
• Mereka juga bertanding untuk mencipta logo pedi yang cantik dan mempunyai maksud yang istimewa.

Kebaikan / Kelebihan aktiviti:
• Supaya peserta dapat menggunakan aplikasi canva dengan lebih baik selepas mengikuti program sama ada mencipta logo, membuat poster dan bermacam lagi template yang ada dalam aplikasi canva.
• Mengajar para pelajar asas-asas penggunaan komputer seperti melayari internet dan penggunaan papan kekunci serta tetikus.
• -Supaya lebih ramai ibu-bapa yang berminat untuk menghantar anak-anak mereka mengikuti kelas komputer dan kelas tuition di pedi.
• Melahirkan golongan yang celit it, berinovasi dan berdaya saing.
• Menampakkan lebih banyak lagi peranan pedi sebagai pusat sehenti yang berperanan melahirkan golongan yang celik it dan golongan usahawan e-commerce.


Nama VIP:
• Tiada


Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :