PROGRAM ASAS PERTOLONGAN CEMAS KERJASAMA ANGKATAN PERTAHANAN AWAM KUALA KRAI

Aktiviti terkini |20 Ogos 2023

Tempat Aktiviti:
Pusat Ekonomi Digital (Pedi Manek Urai)

Ringkasan Aktiviti :
• Program asas pertolongan cemas ini ingin dijalankan kerana tugas staff PEDi yang selalu berhadapan dengan orang ramai.
• Selain daripada teknik padam kebakaran, kami juga perlu ada pengetahuan tentang asas pertolongan cemas supaya apabila berhadapan kes sebegini kami dapat memberikan pertolongan awal sebelum pihak berwajib tiba.
• Contoh kes seperti balutan bagi luka ringan, tercekik dan juga resusitasi kardiopulmonari (CPR).
• Kami akan bekerjasama dengan Perpustakaan Desa Manek Urai dan pelajar jahitan Sitem Latihan Dual Nasional (SLDN).
• Dimana agensi yang berkenaan juga berisiko berlaku kemalangan kerana belajar di bengkel dan juga berhadapan dengan orang ramai.
• Melalui program atau kursus ini, sedikit sebanyak meningkatkan keberanian para petugas untuk memberikan pertolongan cemas sekiranya berlaku kemalangan di bengkel atau tempat kerja masing-masing.

Tujuan :
• Tujuan utama adalah untuk menambah ilmu pengetahuan para staff berkenaan asas pertolongan cemas.
• Ilmu ini sangat memberikan manfaat kepada setiap orang kerana dapat menyelamatkan nyawa seseorang.
• Di pedi sememangnya mempunyai peti kecemasan yang mempunyai peralatan seperti ubat, pembalut luka dan pin.
• Tetapi staff tidak mempunyai kemahiran untuk menggunakan peralatan berkenaan.
• Jika tidak mempunyai kemahiran juga, kita tidak boleh terlalu berani untuk memberikan pertolongan kerana boleh memudaratkan lagi kecederaan.

Butir-butir berkaitan dengan aktiviti:
• Petugas daripada APM akan memberikan taklimat dan tutorial berkaitan asas pertolongan cemas melibatkan balutan luka ringan, CPR dan bantuan tercekik makanan.
• Peserta akan membuat sendiri kaedah yang diajar oleh APM sehingga mahir dengan bimbingan petugas.

Kebaikan / Kelebihan aktiviti:
• Membina hubungan baik dengan agensi berdekatan seperti Jabatan Pertahanan Awam, perpustakaan desa dan system Latihan dual nasional (SLDN).
• Menambah ilmu dan kemahiran berkaitan asas pertolongan cemas. Supaya staff berani untuk memberikan rawatan awal sekiranya berlaku kes kecederaan di PEDi.
• Memberikan pendedahan kepada orang ramai tentang fungsi PEDi iaitu pusat sehenti yang mempunyai pelbagai fungsi dan memberikan manfaat kepada komuniti. Menjadi orang tengah antara agensi-agensi awam atau swasta dengan masyarakat. Menyampaikan maklumat kepada komuniti dengan efektif dan efisyen.
• Mempromosikan perkhidmatan dan kelas yang terdapat di PEDi. Sebelum sesi pembelajaran asas pertolongan cemas, staff akan memberikan taklimat berkaitan pedi terlebih dahulu.
• Supaya staff pedi mempunyai pelbagai kemahiran. Ilmu asas pertolongan cemas ini juga boleh diajar kepada ahli pedi. Boleh diadakan kelas supaya lebih ramai individu yang boleh memberikan pertolongan awal bagi kes-kes kecemasan.


Nama VIP:
• Tiada


Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :