Mengenai Kami

Kerajaan melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah menubuhkan Pusat Internet untuk menyediakan pusat capaian jalur lebar secara kolektif di kawasan yang kurang liputan perkhidmatan melalui Program Perkhidmatan Sejagat (USP).

Pusat Internet yang dahulu dikenali dengan nama Pusat Jalur Lebar Komuniti (PJK) mempunyai peralatan IT dan komputer individu yang bersambung dengan capaian jalur lebar internet, membolehkan komuniti luar bandar menikmati kebaikan internet seperti yang dirasai oleh komuniti di bandar.

Untuk memastikan komuniti luar bandar meningkatkan taraf sosial dan ekonomi, mendapat kebaikan daripada peralatan IT dan penyambungan internet, setiap Pusat Internet menyediakan latihan dan perisian komputer.

Melalui penubuhan Pusat Internet, diharapkan ia akan menyumbang ke arah kejayaan insiatif negara untuk merapatkan jurang digital antara komuniti luar bandar dan bandar, selaras dengan objektif yang digariskan di dalam pelaksanaan Inisiatif Jalur Lebar Negara (NBI).

Objektif



Sejarah

Asal Usul nama Manek Urai dikatakan berasal dari untaian kalungan manek yang terurai. Namun, menurut cerita orang tua-tua di kawasan ini, nama Manek Urai diambil sempena nama seorang penduduk awal yang membuka kampung ini hampir 80 tahun lalu iaitu seoarang perempuan yang bernama Mak Nik Urai. Mengikut beberapa penduduk lama di Manek Urai, Mak Nik Urai dikatakan berasal daripada utara, Kelantan

Asal beliau datang membuka kampung ini selepas menyusuri sungai dengan perahu. Memandangkan kampung ini masih tidak bernama, penduduk memberi namanya sebagai Kampung Mak Nik Urai yang kemudian ditukar kepada panggilan Manek Urai yang ada sekarang.

Menurut waris Mak Nik Urai yang juga generasi ketiga keturunannya iaitu Pn. Tijah Awang Long 63, beliau memberitahu bahawa Kampung Manek Urai asalnya terletak di lokasi Kampung Pasir sekarang. Walau bagaimanapun, nama kampung itu ditukarkan dengan nama Kampung Kederang pada sekitar tahun 1940-an yang menjadi lokasi Kampung Manek Urai ketika ini.

Suami Pn. Tijah iaitu En. Mat Akib Ab Rahman 83, berkata, selain daripada nama Mak Nik Urai, ada sumber lain mengatakan nama kampung ini diberikan sempena nama burung murai berikutan banyak burung murai mencari makan di kawasan beting pasir di tepi sungai kampung ini.

Sejarah Kampung Manek Urai lama dahulunya dijadikan penempatan semula penduduk kampung dari kampung terpencil sekitarnya ketika zaman Komunis. Selepas itu, pada tahun 1955, kawasan yang seluas 16.76 hektar persegi ini telah diwartakan sebagai kawasan Majlis Tempatan.

Manek Urai yang kini dimasukkan ke dalam Majlis Daerah Dabong. Pada tahun 1979, Kampung Manek Urai mempunyai seramai 2,772 orang penduduk yang mendiami kira-kira 600 buah rumah.



Berita & Aktiviti Terkini

TAHUN 2017 | TAHUN 2018 | TAHUN 2019 | TAHUN 2020 | TAHUN 2021 | TAHUN 2022 | TAHUN 2023


PEKA B40

Aktiviti Terkini | 12 Disember 2019

PEKA B40 adalah program berkaitan pemeriksaan kesihatan secara percuma kepada penerima Bantuan Sara Hidup (BSH)....baca selanjutnya

BANTUAN BANJIR BERSAMA PIHAK DIGI

Aktiviti Terkini | 07 Disember 2019

Pihak digi memberi sumbangan banjir kepada mangsa yang terjejas banjir di Kawasan Chuchuh Puteri...baca selanjutnya

BENGKEL ‘ADOBE ILLUSTRATOR & ADOBE PREMIER’

Aktiviti Terkini | 29 November 2019

Zealrich Academy PLT dengan kerjasama Pusat Internet Manek Urai bercadang mengadakan Bengkel Illustrator: Mudahnya Printing bersama En Mohd Zamri Mohamad dan En Md Zakuan Mohamad iaitu tenaga pengajar dari Zealrich Academy PLT yang mahir dalam design dan senireka grafik. Bengkel Illustrator kali ini akan lebih memberi fokus kepada kelas mempelajari teknik mudah merekabentuk grafik untuk percetakan. Melalui program seumpama ini dapatlah para peserta membina sendiri grafik khas untuk printing samada untuk perniagaan sendiri atau sebagai Designer mengikut kreativiti masing-masing....baca selanjutnya

KELAS USAHAWAN ‘MUDAHNYA DESIGN’

Aktiviti Terkini | 26 Oktober 2019

Tujuan bengkel ini adalah secara umumnya untuk memberi pendedahan dalam bidang ICT kepada usahawan dan menggalakkan penggunaan ICT sebagai salah satu platform untuk berniaga secara besar-besaran tidak kira dalam negara atau luar negara. Selain itu, bengkel ini juga mampu memberikan peserta penjanaan pendapatan melalui rekaan grafik untuk kedai percetakan dan rekaan grafik untuk media internet....baca selanjutnya

PROGRAM BINA UMMAH KERAJAAN NEGERI KELANTAN

Aktiviti Terkini | 07 September 2019

Tujuan program ini diadakan ialah bagi mendidik masyarakat tentang internet. Dimana mereka perlu tahu bahawa internet dapat memberikan kebaikan dan juga keburukan sekiranya mereka salah guna. Melalui pembukaan booth ini, masyarakat diberikan pendedahan tentang bahayanya internet sekiranya digunakan tanpa kawalan. Orang ramai jugak dapat menyertai pelbagai aktiviti menarik. Program seperti ini memberikan peluang luas kepada staff pi kerana dapat berhubung terus dengan masyarakat tempatan bagi mempromosikan perkhidmatan dan juga kelas-kelas percuma yang sering dijalankan. Promosi pendaftaran ahli dan juga myfreeview turut diadakan....baca selanjutnya

KELAS KEUSAHAWANAN - MEMBUAT BLOG & WEBSITE

Aktiviti Terkini | 24 Ogos 2019

Tujuan bengkel ini adalah memberi pendedahan dalam bidang ICT terutama dalam memaksimumkan penggunaan handphone khususnya yang menggunakan sistem operasi Android. Selain itu bengkel ini juga mampu memberikan peserta penjanaan pendapatan apabila memanfaatkan dunia ICT dengan menghubungkan kepada platform perniagaan sebenar samada secara online dan offline....baca selanjutnya

KELAS KEUSAHAWANAN - MEMBUAT BLOG & WEBSITE

Aktiviti Terkini | 03 Ogos 2019

Pusat Internet Manek Urai telah mengadakan program membuat website dan blog niaga bersama trainer En. Zakuan Mohamad. Pelbagai ilmu telah dipelajari oleh peserta berkaitan blog dan website untuk menambahbaik idea dalam berniaga....baca selanjutnya

FB ADS BERSAMA KELANTAN ICT GATEWAY

Aktiviti Terkini | 19 - 20 Julai 2019

Program Celik IT ialah salah satu program anjuran Kelantan ICT Gateway pada setiap tahun di Pi Manek Urai dimana peserta yang hadir mempelajari tentang ilmu fb ads untuk menjana lebih tinggi pendapatan. Program ini penting kepada usahawan dalam menimba ilmu dunia perniagaan....baca selanjutnya

SAMBUTAN HARI RAYA AIDILFITRI

Aktiviti Terkini | 22 Jun 2019

Tujuan program Sambutan Hari Raya Aidilfitri ialah sempena bulan syawal. Selain itu, dengan program ini dapatlah mereka sedikit sebanyak mengeratkan lagi hubungan sesama pengunjung yang dating ke pusat internet....baca selanjutnya

BACAAN YASSIN

Aktiviti Terkini | 24 Mei 2019

Semperna bulan Ramadhan ini, staff pi Manek Urai dan Pi Chuchuh Puteri telah mengadakan bacaan Yassin di kalangan penduduk tempatan di Kawasan Manek Urai...baca selanjutnya

KELAS KEUSAHAWANAN BUNGA DAUN PANDAN

Aktiviti Terkini | 03 Mei 2019

Tujuan kelas usahawan ini ialah untuk memberi ilmu sedikit sebanyak kepada golongan belia tentang pembuatan bunga pandan sebagai salah satu hasil seni memandangkan banyak permintaan untuk belajar dalam kalangan belia di sini . selain itu, program ini juga dapat melahirkan golongan yang kreatif dalam seni tangan. Daun pandan mempunyai khasiat atau kelebihan tersendiri. Daunnya mempunyai rasa ros, badam dan vanilla. Daun pandan salah satunya sebagai pewangi semulajadi di rumah atau di kereta dengan pelbagai bentuk rekaan supaya Nampak lebih menarik digunakan dan diletak di sudut tertentu. Daun pandan juga popular sabagai perisa makanan, pembalut makanan,ubat serangga dan juga teh pandan. Oleh itu , staff Pusat Internet ingin meneroka lebih jauh lg dari segi seni kreatif sebagai pewangi semulajadi...baca selanjutnya

PROGRAM CHEF CILIK BERSAMA PDK MANEK URAI

Aktiviti Terkini | 23 April 2019

Tujuan kelas chef cilik ialah untuk memberi ilmu sedikit sebanyak kepada anak-anak istimewa ini tentang cara membuat hiasan di atas roti....baca selanjutnya

KELAS KEUSAHAWANAN (PEMBUATAN BUNGA TELUR TISU)

Aktiviti Terkini | 15 Mac 2019

Tutorial membuat bunga telur menggunakan tisu oleh usahawan. Para peserta juga akan melihat tutorial pembuatan bunga telur tisu melalui youtube. Para peserta akan mengubah tisu menjadi bunga telur....baca selanjutnya

KELAS KEUSAHAWANAN (JAHITAN CUPCAKE PIN CUSHION)

Aktiviti Terkini | 08 Mac 2019

Tujuan kelas usahawan ini ialah untuk memberi ilmu sedikit sebanyak kepada golongan belia tentang cara pembuatan cupcake pin cushion. Beliau adalah salah seorang usahawan Manek urai. Oleh itu, kami menjemputnya untuk mengadakan program seperti di atas....baca selanjutnya

PROGRAM PEMULIHAN DALAM KOMUNITI

Aktiviti Terkini | 05 Mac 2019

Tujuan kelas Slime ialah untuk memberi ilmu sedikit sebanyak kepada anak-anak istimewa ini tentang bahan membuat Slime. Selain itu, kami difahamkan oleh tenaga pengajar mereka, antara benda yang boleh merangsang sel-sel otak mereka ialah penggunaan Slime. Ini kerana Slime mempunyai bunyi yang dapat berhubung dengan deria bunyi anak-anak istimewa ini. kami akan membuat Slime ini bersama anak–anak istimewa melalui YOUTUBE yang akan dibuka semasa membuat Slime tersebut....baca selanjutnya

Klik Dengan Bijak Dan Sebenarnya.My

Aktiviti Terkini | 20 Februari 2019

Program KDB berkenaan penggunaan internet dan E-Waste. Pelajar didedahkan dengan penyalahguaan internet....baca selanjutnya

Kelas Usahawan Ukiran Inai Cempaka Anis

Aktiviti Terkini | 26 Januari 2019

Peserta belajar asas ukiran inai oleh puan Anis. Puan anis menunjukkan cara-cara untuk melukis inai dengan betul dan perbezaan setiap corak pada inai....baca selanjutnya

Program Usahawan Interaktif Learning Digital

Aktiviti Terkini | 19 Januari 2019

Pelajar dan ibubapa telah diberi pendedahan tentang Platform Keusahawanan Produk digital interactive Pendidikan serta cadangan membuka pusat tuisyen sendiri, part – time mengajar tusyen dan mampu membantu menjana pendapatan lumayan.Disamping mengasah kebolehan ilmu penggunaan komputer. kursus ini juga dapat mengajar para peserta menjadikan kemahiran yang dipelajari sebagai sumber pendapatan. Program sebegini dapat melahirkan lebih ramai lagi usahawan di Kampung Manek Urai. Program ini semestinya akan merapatkan lagi hubungan antara staff Pi Manek Urai, agensi lain dan penduduk kampung....baca selanjutnya

Klik Dengan Bijak (KDB)

Sepanjang Tahun | Berita Terkini

Pembangunan pesat teknologi komunikasi dan multimedia serta peningkatan kadar penembusan jalur lebar Negara dikhuatiri menjejaskan nilai budaya bangsa Malaysia sekiranya langkah segera tidak diambil untuk membudayakan penggunaan Internet secara positif dengan berteraskan prinsip-prinsip Rukun Negara. Kadar jenayah siber yang kian meningkat juga amat membimbangkan dan selain melalui penguatkuasaan yang lebih efektif, pendekatan berteraskan pendidikan kepada masyarakat adalah penting agar statistik mangsa jenayah siber dapat dikurangkan...baca selanjutnya

Latihan Usahawan

Sepanjang Tahun | Aktiviti Terkini

Latihan Keusahawanan ini ditawarkan secara PERCUMA dan terbuka kepada semua yang berminat dalam menceburi perniagaan secara online. Tempoh latihan adalah selama 2 hari dimana pada hari pertama peserta akan diberi pendedahan penggunaan Asas Microsoft Office bagi merancang dan membangunkan idea perniagaan serta membangunkan laman web @ Blog. Pada hari kedua pula, para peserta didedahkan mengenai Kelebihan Promosi Perniagaan Di Media Sosial, Medium Pemasaran Baru melalui atas talian dan yang terakhir Menyediakan Iklan untuk perniagaan. Program ini lebih menyasarkan golongan usahawan serta golongan yang ingin berjinak dengan perniagaan atas talian...baca selanjutnya

Perkhidmatan WiFi Komuniti (WK)

Sepanjang Tahun | Aktiviti Terkini

Perkhidmatan WiFi Komuniti (WK) yang sebelum ini dikenali sebagai Kampung Tanpa Wayar (KTW) adalah perkhidmatan WiFi secara ‘hotspot’ di kawasan tumpuan...baca selanjutnya

lagi berita & aktiviti