Mengenai Kami

Kerajaan melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah menubuhkan Pusat Internet untuk menyediakan pusat capaian jalur lebar secara kolektif di kawasan yang kurang liputan perkhidmatan melalui Program Perkhidmatan Sejagat (USP).

Pusat Internet yang dahulu dikenali dengan nama Pusat Jalur Lebar Komuniti (PJK) mempunyai peralatan IT dan komputer individu yang bersambung dengan capaian jalur lebar internet, membolehkan komuniti luar bandar menikmati kebaikan internet seperti yang dirasai oleh komuniti di bandar.

Untuk memastikan komuniti luar bandar meningkatkan taraf sosial dan ekonomi, mendapat kebaikan daripada peralatan IT dan penyambungan internet, setiap Pusat Internet menyediakan latihan dan perisian komputer.

Melalui penubuhan Pusat Internet, diharapkan ia akan menyumbang ke arah kejayaan insiatif negara untuk merapatkan jurang digital antara komuniti luar bandar dan bandar, selaras dengan objektif yang digariskan di dalam pelaksanaan Inisiatif Jalur Lebar Negara (NBI).

Objektif



Sejarah

Asal Usul nama Manek Urai dikatakan berasal dari untaian kalungan manek yang terurai. Namun, menurut cerita orang tua-tua di kawasan ini, nama Manek Urai diambil sempena nama seorang penduduk awal yang membuka kampung ini hampir 80 tahun lalu iaitu seoarang perempuan yang bernama Mak Nik Urai. Mengikut beberapa penduduk lama di Manek Urai, Mak Nik Urai dikatakan berasal daripada utara, Kelantan

Asal beliau datang membuka kampung ini selepas menyusuri sungai dengan perahu. Memandangkan kampung ini masih tidak bernama, penduduk memberi namanya sebagai Kampung Mak Nik Urai yang kemudian ditukar kepada panggilan Manek Urai yang ada sekarang.

Menurut waris Mak Nik Urai yang juga generasi ketiga keturunannya iaitu Pn. Tijah Awang Long 63, beliau memberitahu bahawa Kampung Manek Urai asalnya terletak di lokasi Kampung Pasir sekarang. Walau bagaimanapun, nama kampung itu ditukarkan dengan nama Kampung Kederang pada sekitar tahun 1940-an yang menjadi lokasi Kampung Manek Urai ketika ini.

Suami Pn. Tijah iaitu En. Mat Akib Ab Rahman 83, berkata, selain daripada nama Mak Nik Urai, ada sumber lain mengatakan nama kampung ini diberikan sempena nama burung murai berikutan banyak burung murai mencari makan di kawasan beting pasir di tepi sungai kampung ini.

Sejarah Kampung Manek Urai lama dahulunya dijadikan penempatan semula penduduk kampung dari kampung terpencil sekitarnya ketika zaman Komunis. Selepas itu, pada tahun 1955, kawasan yang seluas 16.76 hektar persegi ini telah diwartakan sebagai kawasan Majlis Tempatan.

Manek Urai yang kini dimasukkan ke dalam Majlis Daerah Dabong. Pada tahun 1979, Kampung Manek Urai mempunyai seramai 2,772 orang penduduk yang mendiami kira-kira 600 buah rumah.



Berita & Aktiviti Terkini

TAHUN 2017 | TAHUN 2018 | TAHUN 2019 | TAHUN 2020 | TAHUN 2021 | TAHUN 2022 | TAHUN 2023


JUALAN AKHIR TAHUN BUAT KOMUNITI

Aktiviti Terkini | 10 Disember 2022

Program ini dijalankan dengan kerjasama PEDi Chuchuh Puteri untuk merapatkan hubungan silaturahim Bersama dengan komuniti Manek Urai dan Chuchuh Puteri. Terdapat banyak pilihan dari segi pakaian, bag dan hijab yang disediakan untuk memeriahkan program serta menarik daya tarikan komuniti....baca selanjutnya

PROGRAM KEUSAHAWANAN (PEMBUATAN SABUN)

Aktiviti Terkini | 9 Disember 2022

Staff PEDi Chuchuh Puteri bekerjasama dengan Pedi Manek Urai termasuklah Rakan Digital masing-masing bersama Perpustakaan Desa Chuchuh Puteri bercadang untuk mengadakan program keusahawanan “Pembuatan Sabun’. Tenaga pengajar akan memberikan panduan kepada para peserta untuk menghasilkan produk sendiri seperti sabun, minyak wangi dan minyak angin. Program ini dapat membantu para Wanita terutamanya golongan suri rumah untuk menceburkan diri dalam bidang keusahawanan serta memasarkan produk mereka dalam pasaran e-commerce atau e-dagang....baca selanjutnya

PROGRAM KEUSAHAWANAN (PEMBUATAN SOS PENCICAH)

Aktiviti Terkini | 19 November 2022

Staff PEDi Chuchuh Puteri bekerjasama dengan Pedi Manek Urai dan Persatuan Wanita Pekebun Kecil telah mengadakan program keusahawanan “Pembuatan Sos Pencicah ’bagi membantu golongan wanita terutamanya suri rumah untuk menjana pendapatan sampingan dengan menjual sos buatan sendiri....baca selanjutnya

[LIVE] BICARA KARIER: KENALI RAKAN DIGITAL

Aktiviti Terkini | 7 November 2022

Siaran langsung yang dilakukan adalah untuk memperkenalkan Rakan-rakan Digital dari PEDi Manek Urai, PEDi Chuchuh Puteri dan PEDi Kg Karangan. Di dalam siaran langsung ini peranan, tanggungjawab serta keistimewaan mereka kepada komuniti serta usahawan mikro....baca selanjutnya

PROGRAM KLIK DENGAN BIJAK DI SEKOLAH KEBANGSAAN PERIA, KUALA KRAI, KELANTAN

Aktiviti Terkini | 6 November 2022

Program Klik Dengan Bijak (KDB) telah dijalankan di Dewan Terbuka Sek. Keb. Peria pada tanggal 6 November 2022 dan program ini telah berlangsung selama 2 jam. Program ini telah disertai dan diberi Kerjasama penuh oleh kakitangan PEDi Chuchuh Puteri, PEDi Kg Karangan dan PEDi Kg Pahi....baca selanjutnya

PROGRAM KLIK DENGAN BIJAK

Aktiviti Terkini | 12 Oktober 2022

Aktiviti yang dijalankan ialah kempen Klik Dengan Bijak (KDB). Klik Dengan Bijak (KDB) adalah sebuah program yang membudayakan penggunaan internet secara positif berteraskan 3 aspek iaitu keselamatan, kewaspadaan dan tanggungjawab yang menitikberatkan kawal selia kendiri dalam membendung masalah penyalahgunaan internet....baca selanjutnya

div class="newsContent">

KAUNTER BERGERAK TABUNG HAJI

Aktiviti Terkini | 2-6 Oktober 2022

Aktiviti yang dijalankan ialah pembukaan kaunter Tabung Haji. Salah satu fungsi penubuhan PEDi ialah menjadi pusat sehenti bagi agensi-agensi kerajaan dan swasta mengadakan program Bersama untuk komuniti setempat. Oleh itu, pihak tabung haji telah membuka kaunter untuk pembukaan dan juga kemaskini akaun. Hal ini memudahkan komuniti untuk berurusan dengan pihak tabung haji kerana mereka tidak perlu ke bandar Kuala Krai. Dapat menjimatkan kos dan masa mereka. Pelbagai informasi terkini berkaitan tabung haji dapat diketahui oleh komuniti dengan hebahan yang dibuat oleh pihak PEDi....baca selanjutnya

FIREDRILL STAFF PEDI 2022

Aktiviti Terkini | 26 September 2022

Aktiviti yang dijalankan ialah demontrasi kebakaran oleh pihak bomba dan staff PEDi. Selain itu, pihak bomba akan memberikan taklimat tentang langkah mengelak daripada tercetusnya kebakaran. Langkah yang perlu diambil semasa berlakunya kebakaran dan jenis-jenis alat pemadam kebakaran. Banyak ilmu keselamatan diri yang dikongsikan oleh pihak bomba....baca selanjutnya

LAWATAN SAMBIL BELAJAR PASTI ASSHOBRI

Aktiviti Terkini | 15 September 2022

Aktiviti yang dijalankan ialah sambutan hari kemerdekaan ke 65 tahun dan hari Malaysia. Pelajar-pelajar juga sedang menyiapkan kerja khusus berkaitan pembuatan donut. Tenaga pengajar Pasti Asshobri mengambil peluang dengan menggunakan PEDi untuk membantu dalam menjayakan kerja khusus yang diterima iaitu “pembuatan donut”. Staff PEDi telah melakukan tayangan video tutorial pembuatan donut bagi memudahkan pemahaman para pelajar sambil diterangkan oleh guru mereka. Selepas itu, aktiviti mewarna gambar kuih donut dijalankan untuk mengembirakan mereka. Mereka juga mengadakan perarakan daripada sekolah ke PEDi Manek Urai bagi memeriahkan program ini....baca selanjutnya

PROGRAM KEMERDEKAAN: PERTANDINGAN MEWARNA PRASEKOLAH SK MANEK URAI

Aktiviti Terkini | 14 Ogos 2022

Pertandingan mewarna telah berlangsung pada 14 Ogos untuk menyemarakkan lagi semangat kemerdekaan yang ke-65. Seramai 15 orang kanak-kanak Prasekolah telah menyertai pertandingan ini. Seramai 3 orang pemenang telah dipilih dan diikuti oleh 12 orang yang layak untuk menerima hadiah saguhati....baca selanjutnya

BICARA KESIHATAN: WANITA DAN FIBROID

Aktiviti Terkini | 11 Ogos 2022

Bicara Kesihatan telah berlangsung pada 11 Ogos 2022 dengan kerjasama PEDi Manek Urai, PEDi Chuchuh Puteri, PEDi Karangan, PEDi Kg Baharu, dan PEDi Felda Tenang...baca selanjutnya

FB LIVE : AWAL MUHARAM 1444H BERSAMA AL-FADHIL USTAZ AHMAD SUBHI

Aktiviti Terkini | 22 Julai 2022

PEDi Manek Urai dengan kerjasama PEDi Batu Gajah, PEDi Chuchuh Puteri, PEDi Kg Karangan dan PEDi PAKR Batu 1 Bentong telah mengadakan satu siaran langsung di Facebook page rasmi bersama tetamu istimewa iaitu Al-Fadhil Ustaz Ahmad Subhi mengupas tentang peristiwa Awal Muharam, bulan pertama dalam calendar Islam...baca selanjutnya

LIVE: TAZKIRAH IBADAH QURBAN

Aktiviti Terkini | 8 Julai 2022

Oleh sebab Hari Raya Aidil Adha yang bakal tiba, pihak PEDi Kuala Krai dan sekitar telah menjemput Ustaz Wan Ahmad bin Wan Yusoff untuk memberi tazkirah mengenai ibadah qurban....baca selanjutnya

FB LIVE : WASPADA HFMD (HAND,FOOT AND MOUTH DISEASE) BERSAMA KLINIK KESIHATAN MANEK URAI

Aktiviti Terkini | 9 Jun 2022

PEDi Manek Urai dengan kerjasama PEDi Kg Bharu Besut, PEDi Chuchuh Puteri, PEDi Kg Karangan dan PEDi PAKR Batu 1 Bentong telah mengadakan satu siaran langsung di Facebook page rasmi bersama tetamu istimewa iaitu Doktor Azwan bin Hassan membincangkan tentang gejala penyakit yang sedang menyerang kanak-kanak di Malaysia kini iaitu penyakit tangan, kaki dan mulut....baca selanjutnya

LIVE: SHOPEE TALK

Aktiviti Terkini | 3 Jun 2022

Telah berlangsung kelas Shopee bersama seorang pelatih dari Menteri Printing secara atas talian....baca selanjutnya

TAZKIRAH BULANAN: KELUARGA SAKINAH MAWADDAH WA RAHMAH

Aktiviti Terkini | 22 Mei 2022

Tazkirah ringkas yang disampaikan oleh Al Fadhil Ustaz Ahmad Subhi bin Zainal Abidin. Tajuk yang dipilih pada hari tersebut ialah Keluarga Sakinah Mawaddah wa Rahmah. Al Fadhil ustaz telah menerangkan sedikit sebanyak mengenai cara pemilihan pasangan yang betul. Selain dari itu, beliau juga mengongsikan sedikit tips dan cara untuk mengekalkan perpaduan serta keharmonian di dalam rumah tangga dengan melibatkan anak-anak....baca selanjutnya

FB LIVE : TRAINER SHOPEE BERSAMA MENTERI PRINTING

Aktiviti Terkini | 20 Mei 2022

PEDi Manek Urai dengan kerjasama PEDi Batu Gajah, PEDi Chuchuh Puteri, PEDi Kg Karangan dan PEDi PAKR Batu 1 Bentong telah mengadakan satu siaran langsung di Facebook page rasmi bersama tetamu istimewa iaitu Encik Khuzairy bin Khuzainol (CEO Menteri Printing) telah membuat satu perkongsian ilmu keusahawanan iaitu Shopee....baca selanjutnya

LIVE FB: JOM BORAK! BERSAMA DENGAN PTPTN.

Aktiviti Terkini | 9 April 2022

PEDi Manek Urai telah menjemput tetamu undangan Pengurus Cawangan PTPTN Kuala Krai, Kelantan....baca selanjutnya

FB LIVE : KEISTIMEWAAN BULAN RAMADHAN

Aktiviti Terkini | 1 April 2022

PEDi Manek Urai dengan kerjasama PEDi Batu Gajah, PEDi Chuchuh Puteri, PEDi Kg Karangan dan PEDi PAKR Batu 1 Bentong telah mengadakan satu siaran langsung di Facebook page rasmi bersama tetamu istimewa iaitu Al-Fadhil Ustaz Wan Ahmad bin Wan Yusoff telah menyampaikan taklimat mengenai keistimewaan bulan ramadhan...baca selanjutnya

FB LIVE : KEISTIMEWAAN BULAN SYAABAN

Aktiviti Terkini | 17 Mac 2022

PEDi Manek Urai dengan kerjasama PEDi Batu Gajah, PEDi Chuchuh Puteri, PEDi Kg Karangan dan PEDi PAKR Batu 1 Bentong telah mengadakan satu siaran langsung di Facebook page rasmi bersama tetamu istimewa iaitu Al-Fadhil Ustaz Ahmad Subhi bin Zainal Abidin telah menyampaikan taklimat mengenai keistimewaan bulan syaaban. Beliau juga mengulas berkaitan bulan rejab dan juga Ramadhan...baca selanjutnya

LIVE FB: PERKONGSIAN MENGENAI KESIHATAN GIGI “GIGI MENAWAN, CANTIK DAN BERSIH”

Aktiviti Terkini | 13 Mac 2022

PEDi Manek Urai telah menjemput tetamu undangan Pegawai Pergigian UG41 dari Klinik Pergigian Kuala Krai....baca selanjutnya

FB LIVE : SKIM PENDAFTARAN PERNIAGAAN PRIHATIN (SPPP)

Aktiviti Terkini | 18 Februari 2022

PEDi Manek Urai dengan kerjasama PEDi Batu Gajah, PEDi Chuchuh Puteri, PEDi Kg Karangan dan PEDi PAKR Batu 1 Bentong telah mengadakan satu siaran langsung di Facebook page rasmi bersama tetamu istimewa iaitu Pengarah Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) Negeri Pahang iaitu Yang Berbahagia Tuan Kamarudin bin Daud telah menyampaikan taklimat mengenai SPPP. Salah satunya adalah mengenai syarat-syarat kelayakan dan juga faedah-faedah yang datang bersama skim ini.....baca selanjutnya

FB LIVE : SKIM KESELAMATAN SOSIAL PEKERJAAN SENDIRI

Aktiviti Terkini | 9 Februari 2022

PEDi Manek Urai dengan Kerjasama PEDi Gua Musang, PEDi Chuchuh Puteri, Karangan dan bentong telah mengadakan siaran langsung di fb page rasmi bersama tetamu istimewa iaitu PERKSEO cawangan Bentong Pahang : Puan Farahwana binti Abdullah (Pegawai Eksekutif Skim Keselamatan Sosial) telah membincangkan berkaitan skim yang disediakan oleh Perkeso kepada mereka yang bekerja sendiri bermula tahun 2017....baca selanjutnya

FB LIVE : CONTENT MEDIA SOCIAL MENGGUNAKAN KANVA

Aktiviti Terkini | 14 Januari 2022

PEDi Manek Urai dengan Kerjasama PEDi Batu Gajah, PEDi Chuchuh Puteri, Karangan dan bentong telah mengadakan siaran langsung di fb page rasmi bersama tetamu istimewa iaitu Pemilik syarikat Menteri Printing iaitu Encik Naim Thani telah menunjukkan kaedah penggunakan kanva bagi menghasilkan editing yang menarik sama ada untuk menghasilkan poster, banner atau bunting....baca selanjutnya

FB LIVE : TUNTUTAN PERKESO (FAEDAH BENCANA KERJA)

Aktiviti Terkini | 12 Januari 2022

Program ini dijalankan atas talian. PEDi Manek Urai dengan kerjasama PEDi Chuchuh Puteri, Bentong, Kg Karangan dan Kg Bharu Besut bersama tetamu istimewa, iaitu En. Faizul Azuar bin Stopha (Pegawai Siasatan Kes Tuntutan Faedah)PERKESO Bentong membicarakan berkaitan tuntutan-tuntutan atau faedah yang boleh dituntut oleh pekerja sekiranya mengalami masalah atau kemalangan di tempat kerja....baca selanjutnya

Klik Dengan Bijak (KDB)

Sepanjang Tahun | Berita Terkini

Pembangunan pesat teknologi komunikasi dan multimedia serta peningkatan kadar penembusan jalur lebar Negara dikhuatiri menjejaskan nilai budaya bangsa Malaysia sekiranya langkah segera tidak diambil untuk membudayakan penggunaan Internet secara positif dengan berteraskan prinsip-prinsip Rukun Negara. Kadar jenayah siber yang kian meningkat juga amat membimbangkan dan selain melalui penguatkuasaan yang lebih efektif, pendekatan berteraskan pendidikan kepada masyarakat adalah penting agar statistik mangsa jenayah siber dapat dikurangkan...baca selanjutnya

Latihan Usahawan

Sepanjang Tahun | Aktiviti Terkini

Latihan Keusahawanan ini ditawarkan secara PERCUMA dan terbuka kepada semua yang berminat dalam menceburi perniagaan secara online. Tempoh latihan adalah selama 2 hari dimana pada hari pertama peserta akan diberi pendedahan penggunaan Asas Microsoft Office bagi merancang dan membangunkan idea perniagaan serta membangunkan laman web @ Blog. Pada hari kedua pula, para peserta didedahkan mengenai Kelebihan Promosi Perniagaan Di Media Sosial, Medium Pemasaran Baru melalui atas talian dan yang terakhir Menyediakan Iklan untuk perniagaan. Program ini lebih menyasarkan golongan usahawan serta golongan yang ingin berjinak dengan perniagaan atas talian...baca selanjutnya

Perkhidmatan WiFi Komuniti (WK)

Sepanjang Tahun | Aktiviti Terkini

Perkhidmatan WiFi Komuniti (WK) yang sebelum ini dikenali sebagai Kampung Tanpa Wayar (KTW) adalah perkhidmatan WiFi secara ‘hotspot’ di kawasan tumpuan...baca selanjutnya

lagi berita & aktiviti