Mengenai Kami

Kerajaan melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah menubuhkan Pusat Internet untuk menyediakan pusat capaian jalur lebar secara kolektif di kawasan yang kurang liputan perkhidmatan melalui Program Perkhidmatan Sejagat (USP).

Pusat Internet yang dahulu dikenali dengan nama Pusat Jalur Lebar Komuniti (PJK) mempunyai peralatan IT dan komputer individu yang bersambung dengan capaian jalur lebar internet, membolehkan komuniti luar bandar menikmati kebaikan internet seperti yang dirasai oleh komuniti di bandar.

Untuk memastikan komuniti luar bandar meningkatkan taraf sosial dan ekonomi, mendapat kebaikan daripada peralatan IT dan penyambungan internet, setiap Pusat Internet menyediakan latihan dan perisian komputer.

Melalui penubuhan Pusat Internet, diharapkan ia akan menyumbang ke arah kejayaan insiatif negara untuk merapatkan jurang digital antara komuniti luar bandar dan bandar, selaras dengan objektif yang digariskan di dalam pelaksanaan Inisiatif Jalur Lebar Negara (NBI).

Objektif



Sejarah

Asal Usul nama Manek Urai dikatakan berasal dari untaian kalungan manek yang terurai. Namun, menurut cerita orang tua-tua di kawasan ini, nama Manek Urai diambil sempena nama seorang penduduk awal yang membuka kampung ini hampir 80 tahun lalu iaitu seoarang perempuan yang bernama Mak Nik Urai. Mengikut beberapa penduduk lama di Manek Urai, Mak Nik Urai dikatakan berasal daripada utara, Kelantan

Asal beliau datang membuka kampung ini selepas menyusuri sungai dengan perahu. Memandangkan kampung ini masih tidak bernama, penduduk memberi namanya sebagai Kampung Mak Nik Urai yang kemudian ditukar kepada panggilan Manek Urai yang ada sekarang.

Menurut waris Mak Nik Urai yang juga generasi ketiga keturunannya iaitu Pn. Tijah Awang Long 63, beliau memberitahu bahawa Kampung Manek Urai asalnya terletak di lokasi Kampung Pasir sekarang. Walau bagaimanapun, nama kampung itu ditukarkan dengan nama Kampung Kederang pada sekitar tahun 1940-an yang menjadi lokasi Kampung Manek Urai ketika ini.

Suami Pn. Tijah iaitu En. Mat Akib Ab Rahman 83, berkata, selain daripada nama Mak Nik Urai, ada sumber lain mengatakan nama kampung ini diberikan sempena nama burung murai berikutan banyak burung murai mencari makan di kawasan beting pasir di tepi sungai kampung ini.

Sejarah Kampung Manek Urai lama dahulunya dijadikan penempatan semula penduduk kampung dari kampung terpencil sekitarnya ketika zaman Komunis. Selepas itu, pada tahun 1955, kawasan yang seluas 16.76 hektar persegi ini telah diwartakan sebagai kawasan Majlis Tempatan.

Manek Urai yang kini dimasukkan ke dalam Majlis Daerah Dabong. Pada tahun 1979, Kampung Manek Urai mempunyai seramai 2,772 orang penduduk yang mendiami kira-kira 600 buah rumah.



Berita & Aktiviti Terkini

TAHUN 2017 | TAHUN 2018 | TAHUN 2019 | TAHUN 2020 | TAHUN 2021 | TAHUN 2022


TAZKIRAH BULANAN: KELUARGA SAKINAH MAWADDAH WA RAHMAH

Aktiviti Terkini | 22 Mei 2022

Tazkirah ringkas yang disampaikan oleh Al Fadhil Ustaz Ahmad Subhi bin Zainal Abidin. Tajuk yang dipilih pada hari tersebut ialah Keluarga Sakinah Mawaddah wa Rahmah. Al Fadhil ustaz telah menerangkan sedikit sebanyak mengenai cara pemilihan pasangan yang betul. Selain dari itu, beliau juga mengongsikan sedikit tips dan cara untuk mengekalkan perpaduan serta keharmonian di dalam rumah tangga dengan melibatkan anak-anak....baca selanjutnya

FB LIVE : TRAINER SHOPEE BERSAMA MENTERI PRINTING

Aktiviti Terkini | 20 Mei 2022

PEDi Manek Urai dengan kerjasama PEDi Batu Gajah, PEDi Chuchuh Puteri, PEDi Kg Karangan dan PEDi PAKR Batu 1 Bentong telah mengadakan satu siaran langsung di Facebook page rasmi bersama tetamu istimewa iaitu Encik Khuzairy bin Khuzainol (CEO Menteri Printing) telah membuat satu perkongsian ilmu keusahawanan iaitu Shopee....baca selanjutnya

LIVE FB: JOM BORAK! BERSAMA DENGAN PTPTN.

Aktiviti Terkini | 9 April 2022

PEDi Manek Urai telah menjemput tetamu undangan Pengurus Cawangan PTPTN Kuala Krai, Kelantan....baca selanjutnya

FB LIVE : KEISTIMEWAAN BULAN RAMADHAN

Aktiviti Terkini | 1 April 2022

PEDi Manek Urai dengan kerjasama PEDi Batu Gajah, PEDi Chuchuh Puteri, PEDi Kg Karangan dan PEDi PAKR Batu 1 Bentong telah mengadakan satu siaran langsung di Facebook page rasmi bersama tetamu istimewa iaitu Al-Fadhil Ustaz Wan Ahmad bin Wan Yusoff telah menyampaikan taklimat mengenai keistimewaan bulan ramadhan...baca selanjutnya

FB LIVE : KEISTIMEWAAN BULAN SYAABAN

Aktiviti Terkini | 17 Mac 2022

PEDi Manek Urai dengan kerjasama PEDi Batu Gajah, PEDi Chuchuh Puteri, PEDi Kg Karangan dan PEDi PAKR Batu 1 Bentong telah mengadakan satu siaran langsung di Facebook page rasmi bersama tetamu istimewa iaitu Al-Fadhil Ustaz Ahmad Subhi bin Zainal Abidin telah menyampaikan taklimat mengenai keistimewaan bulan syaaban. Beliau juga mengulas berkaitan bulan rejab dan juga Ramadhan...baca selanjutnya

LIVE FB: PERKONGSIAN MENGENAI KESIHATAN GIGI “GIGI MENAWAN, CANTIK DAN BERSIH”

Aktiviti Terkini | 13 Mac 2022

PEDi Manek Urai telah menjemput tetamu undangan Pegawai Pergigian UG41 dari Klinik Pergigian Kuala Krai....baca selanjutnya

FB LIVE : SKIM PENDAFTARAN PERNIAGAAN PRIHATIN (SPPP)

Aktiviti Terkini | 18 Februari 2022

PEDi Manek Urai dengan kerjasama PEDi Batu Gajah, PEDi Chuchuh Puteri, PEDi Kg Karangan dan PEDi PAKR Batu 1 Bentong telah mengadakan satu siaran langsung di Facebook page rasmi bersama tetamu istimewa iaitu Pengarah Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) Negeri Pahang iaitu Yang Berbahagia Tuan Kamarudin bin Daud telah menyampaikan taklimat mengenai SPPP. Salah satunya adalah mengenai syarat-syarat kelayakan dan juga faedah-faedah yang datang bersama skim ini.....baca selanjutnya

FB LIVE : SKIM KESELAMATAN SOSIAL PEKERJAAN SENDIRI

Aktiviti Terkini | 9 Februari 2022

PEDi Manek Urai dengan Kerjasama PEDi Gua Musang, PEDi Chuchuh Puteri, Karangan dan bentong telah mengadakan siaran langsung di fb page rasmi bersama tetamu istimewa iaitu PERKSEO cawangan Bentong Pahang : Puan Farahwana binti Abdullah (Pegawai Eksekutif Skim Keselamatan Sosial) telah membincangkan berkaitan skim yang disediakan oleh Perkeso kepada mereka yang bekerja sendiri bermula tahun 2017....baca selanjutnya

FB LIVE : CONTENT MEDIA SOCIAL MENGGUNAKAN KANVA

Aktiviti Terkini | 14 Januari 2022

PEDi Manek Urai dengan Kerjasama PEDi Batu Gajah, PEDi Chuchuh Puteri, Karangan dan bentong telah mengadakan siaran langsung di fb page rasmi bersama tetamu istimewa iaitu Pemilik syarikat Menteri Printing iaitu Encik Naim Thani telah menunjukkan kaedah penggunakan kanva bagi menghasilkan editing yang menarik sama ada untuk menghasilkan poster, banner atau bunting....baca selanjutnya

FB LIVE : TUNTUTAN PERKESO (FAEDAH BENCANA KERJA)

Aktiviti Terkini | 12 Januari 2022

Program ini dijalankan atas talian. PEDi Manek Urai dengan kerjasama PEDi Chuchuh Puteri, Bentong, Kg Karangan dan Kg Bharu Besut bersama tetamu istimewa, iaitu En. Faizul Azuar bin Stopha (Pegawai Siasatan Kes Tuntutan Faedah)PERKESO Bentong membicarakan berkaitan tuntutan-tuntutan atau faedah yang boleh dituntut oleh pekerja sekiranya mengalami masalah atau kemalangan di tempat kerja....baca selanjutnya

Klik Dengan Bijak (KDB)

Sepanjang Tahun | Berita Terkini

Pembangunan pesat teknologi komunikasi dan multimedia serta peningkatan kadar penembusan jalur lebar Negara dikhuatiri menjejaskan nilai budaya bangsa Malaysia sekiranya langkah segera tidak diambil untuk membudayakan penggunaan Internet secara positif dengan berteraskan prinsip-prinsip Rukun Negara. Kadar jenayah siber yang kian meningkat juga amat membimbangkan dan selain melalui penguatkuasaan yang lebih efektif, pendekatan berteraskan pendidikan kepada masyarakat adalah penting agar statistik mangsa jenayah siber dapat dikurangkan...baca selanjutnya

Latihan Usahawan

Sepanjang Tahun | Aktiviti Terkini

Latihan Keusahawanan ini ditawarkan secara PERCUMA dan terbuka kepada semua yang berminat dalam menceburi perniagaan secara online. Tempoh latihan adalah selama 2 hari dimana pada hari pertama peserta akan diberi pendedahan penggunaan Asas Microsoft Office bagi merancang dan membangunkan idea perniagaan serta membangunkan laman web @ Blog. Pada hari kedua pula, para peserta didedahkan mengenai Kelebihan Promosi Perniagaan Di Media Sosial, Medium Pemasaran Baru melalui atas talian dan yang terakhir Menyediakan Iklan untuk perniagaan. Program ini lebih menyasarkan golongan usahawan serta golongan yang ingin berjinak dengan perniagaan atas talian...baca selanjutnya

Perkhidmatan WiFi Komuniti (WK)

Sepanjang Tahun | Aktiviti Terkini

Perkhidmatan WiFi Komuniti (WK) yang sebelum ini dikenali sebagai Kampung Tanpa Wayar (KTW) adalah perkhidmatan WiFi secara ‘hotspot’ di kawasan tumpuan...baca selanjutnya

lagi berita & aktiviti